jump to navigation

Syafaat baca ayat suci limpahi ibu bapa Februari 10, 2007

Posted by KarQoon in Gen Knowledge.
trackback

KELEBIHAN kepada mereka yang membaca al-Quran, diberi pahala amat besar oleh Allah SWT iaitu setiap satu huruf ada pahalanya dan tiap satuKELEBIHAN kepada mereka yang membaca al-Quran, diberi pahala amat besar oleh Allah SWT iaitu setiap satu huruf ada pahalanya dan tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu sama lain.

Pahala tiap huruf al-Quran dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Hadis daripada Ibn Masud)

Mengenai pahala tiap ayat disebut dalam hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan lalai.”

Mereka yang selalu membaca al-Quran semata-mata kerana Allah juga diberi kelebihan tinggi dan berbeza ketika mereka masih hidup sesudah berada di akhirat.

Di samping itu, kemuliaan dikurniakan kepada orang yang membaca al-Quran, kelebihan melimpah juga kepada kedua ibu bapanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.”

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) paling tinggi di sisi Allah pada hari kiamat berpandukan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.”

Dalam hadis Rasulullah SAW, Baginda ada menyebut mengenai orang yang tidak ada langsung membaca al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat al-Quran seperti rumah kosong daripada penghuni.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.”
uruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Hadis daripada Ibn Masud)

Sumber : Berita Harian

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: