jump to navigation

Syafaat baca ayat suci limpahi ibu bapa Februari 10, 2007

Posted by KarQoon in Gen Knowledge.
add a comment

KELEBIHAN kepada mereka yang membaca al-Quran, diberi pahala amat besar oleh Allah SWT iaitu setiap satu huruf ada pahalanya dan tiap satuKELEBIHAN kepada mereka yang membaca al-Quran, diberi pahala amat besar oleh Allah SWT iaitu setiap satu huruf ada pahalanya dan tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu sama lain.

Pahala tiap huruf al-Quran dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Hadis daripada Ibn Masud)

Mengenai pahala tiap ayat disebut dalam hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan lalai.”

(selanjutnya…)