jump to navigation

Pesan Rasulullah: Pendakwah perlu amanah November 7, 2006

Posted by KarQoon in Gen Knowledge.
trackback

DARIPADA Usamah bin Zaid bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya: “Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab: “Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf dan penyantun.

Pendakwah hendaklah mendahulukan contoh perbuatan daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) adalah media paling efektif menjadikannya sebagai contoh (idola) untuk diikuti.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah mereka yang bakal menempuh seksaan berat di akhirat kelak.

Keadaannya samalah seperti ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus.’ Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak terpuji, penampilan baik, etika pergaulan bersopan dan sifat mulia supaya tidak tergolong di kalangan orang yang cakap tak serupa bikin.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

%d bloggers like this: