jump to navigation

KEMUSYKILAN BERPUASA – FAQ September 24, 2006

Posted by KarQoon in Wajib Tahu.
trackback

MENGHURAI KEMUSYKILAN BERPUASA

Oleh : USTAZ AZMI ABDUL SAMAD 

Kita telah pun mula menunaikan ibadah puasa, salah satu rukun Islam, selama sebulan sempena Ramadan. Di bawah ini, USTAZ AZMI ABDUL SAMAD menjawab soalan-soalan yang sering diketengahkan berkaitan ibadah puasa.  

SOALAN (S): Apakah rukun-rukun puasa? Jawapan (J): Niat dan meninggalkan segala perkara yang membatalkan puasa.   

S: Sebutkan perkara-perkara yang membatalkan puasa. J: 1) Memasukkan sesuatu benda ke dalam perut melalui salah satu rongga badan yang terbuka seperti makan dan minum dengan sengaja.2) Muntah dengan sengaja. 3) Haid dan nifas. 4) Berjimak atau beristimnak (iaitu mengeluarkan mani dengan sengaja).5) Gila.6) Mabuk atau pengsan sepanjang hari.7) Murtad.  

S: Apakah hukum mereka yang berpuasa tetapi tidak meninggalkan kata-kata atau perbuatan buruk? J: Sebaik-baiknya seseorang yang berpuasa tidak harus setakat menahan diri daripada makan dan minum. Dia juga harus meninggalkan segala perkara yang tidak diredai Allah. Nabi saw telah bersabda: ‘Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan perbuatan buruk, maka Allah tidak mengharapkan akan lapar dan dahaga mereka.’  

S: Sewaktu berpuasa, saya mendapati ada cecair berwarna kekuningan dan keputihan keluar dari kemaluan saya. Adakah sah puasa saya? J: Keluarnya cecair sedemikian tidak membatalkan puasa. Puasa hanya batal sekiranya keluar darah haid atau seseorang itu memancutkan air maninya dengan sengaja.  

S: Seseorang yang sedang berpuasa tidur pada siang hari dan bermimpi lalu terpancut air maninya. Adakah batal puasanya? J: Memandangkan air maninya terpancut bukan disengajakan, maka pua sanya tidak batal. Yang membatalkan puasa adalah sekiranya dia memancutkan air maninya dengan sengaja seperti berjimak atau menggunakan tangan.  

S: Apakah hukum seseorang yang berada dalam keadaan junub ketika masuk waktu subuh? Apakah sah puasanya? J: Seseorang yang berada dalam keadaan demikian sah puasanya. Namun, dia haruslah mandi hadas besar secepat mungkin untuk menunaikan solat subuh.  

S: Apakah hukum sepasang suami isteri melakukan hubungan jenis pada siang hari pada Ramadan? J: Melakukan hubungan jenis pada siang hari pada Ramadan adalah suatu perbuatan keji yang sangat dimurkai oleh Allah swt. Barang siapa melakukannya bukan hanya diwajibkan mengqadak puasanya pada masa lain, tetapi juga diwajibkan bertaubat dan membayar kafarah (denda). Kafarah mereka yang melakukannya adalah dengan memerdekakan seorang hamba. Sekiranya mereka tidak mampu berbuat demikian, maka mereka wajib berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya mereka benar-benar tidak mampu berbuat demikian, maka mereka wajib memberi makan 60 orang fakir miskin.  

S: Apakah suatu perbuatan hina sekiranya sepasang suami isteri mengadakan hubungan jenis pada malam hari pada Ramadan? J: Setiap pasangan suami isteri diha lalkan melakukan hubungan jenis pada malam hari pada Ramadan dan ia bukanlah satu perkara yang hina atau berdosa.  

S: Saya tidak tahu membaca niat puasa dalam bahasa Arab. Bolehkah saya berniat dengan menggunakan bahasa Melayu? J: Salah satu rukun puasa adalah niat dan letaknya niat itu adalah di dalam hati. Adapun melafazkan atau membaca niat seperti yang sering kali dilakukan bukanlah wajib. Namun, jika seseorang ingin melafazkan niat puasanya, dia boleh berbuat demikian dengan apa sahaja bahasa yang diinginkan dan tidak semestinya dalam bahasa Arab.  

S: Seseorang terbangun daripada tidur dan mendapati telah masuk waktu imsak tetapi belum lagi masuk waktu solat subuh. Bolehkah dia memakan sahur? J: Bermula ibadah puasa adalah dari terbit fajar sadiq (waktu subuh). Maka bagi sesiapa yang berkeadaan demikian, beliau masih boleh makan atau minum. Sekiranya masa yang tinggal hanya sedikit sahaja, maka cubalah tetap untuk bersahur walaupun dengan seteguk air kerana dalam sahur itu terdapat ba rakah, iaitu akan menguatkan dirinya pada waktu siang hari nanti. Nabi saw telah bersabda: ‘Bersahurlah kalian kerana di dalam sahur itu ada barakah.’ Namun, bagi mereka yang tidak memerlukan, sebaik-baiknya berhentilah makan dan minum lima atau 10 minit sebelum masuk waktu subuh.  

S: Seseorang yang sedang berpuasa terlupa dia sedang berpuasa lalu makan dan minum. Apakah yang harus dia lakukan? J: Memandangkan dia makan dan minum dalam keadaan terlupa dan tidak disengajakan, perbuatannya itu tidak membatalkan puasa. Dia haruslah meneruskan puasanya. Nabi saw telah bersabda: ‘Apabila salah seorang di antara kalian makan atau minum kerana terlupa, maka sempurnakanlah puasanya, sesungguhnya Allah telah memberi makan dan minum kepadanya.’  

S: Apakah pula fadilat orang yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa? J: Dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi pahala orang yang berpuasa tersebut. Nabi saw telah bersabda: ‘Barang siapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya memperoleh pahala sama seperti orang yang berpuasa itu.’   

Nota : Penulis adalah pendakwah bebas dan Konsultan Agama Al-Qiblah International Consultants.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: