jump to navigation

Hikmah Berwuduk dengan Niat Ogos 21, 2006

Posted by KarQoon in Gen Knowledge, Wajib Tahu.
trackback

Hikmah Berwuduk dengan Niat  

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap  benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu  dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih  berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu  dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan  hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu  dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan  hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu  dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam  matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu  dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini” Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang  mengumpat, memfitnah dll.

7
. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu  dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian  dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu  dengan,”Ya, Allah, bawakanlah d aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat  maksiat”
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan  Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat  bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.  

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk  sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita  perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita  sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar artikel ini  kepada rakan-rakan yang lain.
 

Ikhlas kerana Allah.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: