jump to navigation

Khas Buat Wanita Tercinta – Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat? Julai 7, 2009

Posted by KarQoon in Gen Knowledge.
add a comment

aurat wanita1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “karena itu mereka tidak di ganggu”.

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki.

PETUA IMAM SYAFIE September 5, 2007

Posted by KarQoon in Gen Knowledge.
comments closed


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

images.jpg

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Syafaat baca ayat suci limpahi ibu bapa Februari 10, 2007

Posted by KarQoon in Gen Knowledge.
add a comment

KELEBIHAN kepada mereka yang membaca al-Quran, diberi pahala amat besar oleh Allah SWT iaitu setiap satu huruf ada pahalanya dan tiap satuKELEBIHAN kepada mereka yang membaca al-Quran, diberi pahala amat besar oleh Allah SWT iaitu setiap satu huruf ada pahalanya dan tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu sama lain.

Pahala tiap huruf al-Quran dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Hadis daripada Ibn Masud)

Mengenai pahala tiap ayat disebut dalam hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan lalai.”

(more…)